Pengertian Korban

Hukum Ibadat Korban

Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad
(Sunat yang dituntut dalam agama Islam)

Fadhilat Ibadat Korban

Soalan Lazim Berkaitan Ibadat Korban 

Soalan :
Saya ingin bertanya dan mendapatkan pengesahan dari pihak Tuan, adakah Program Korban & Aqiqah di Kemboja yang saya baca di suratkhabar ini sah dan benarbenar wujud di kemboja? Jika benar adakah ianya menepati tuntutan agama dari segi perlaksanaanya dan tertibnya ibadah Aqiqah itu?

Jawapan :
Program Korban & Aqiqah di Kemboja adalah menepati tuntutan agama dari segi perlaksanaanya. Malah, amat digalakkan melakukan ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja memandangkan ramainya golongan faqir dan miskin Islam di sana.

Soalan :
Pada masa kini banyak pihak yang menawarkan ibadah qurban boleh di buat di luar negara seperti Kemboja dan sebagainya. Harga untuk satu bahagian adalah jauh lebih murah kadangkala hanya separuh dari harga satu bahagian qurban jika di buat di Malaysia.

Tidak dinafikan ada diantara individu memilih jalan ini untuk mengeluarkan perbelanjaan yang lebih kecil. Bagaimanapun persoalannya, sekiranya niatnya baik untuk membantu mereka yang lebih memerlukan di negara2 miskin terbabit dan korban dan agihannya dilakukan dengan betul mengikut hukum adakah itu lebih afdal / dibolehkan / dibenarkan mengikut hukum? Bayangkan jika tiada ibadah qurban di sesuatu kawasan di Malaysia hanya kerana semua orang melakukan qurban di negara lain yang lebih memerlukan…adakah perbuatan ini dibolehkan? Jika ia dibolehkan, bagaimana pula jika kita membayar zakat ke negara asing?

Jawapan :
Ibadah qurban boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Namun demikian yang lebih afdal ia dilakukan di tempat ia mendapat sumber rezeki. Manakala zakat adalah lebih afdal diagihkan atau diberikan kepada kaum kerabat yang miskin.

*VIDEO PELANCARAN*

 

Pengertian Ibadah Korban

Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT.

Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya. Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia.

Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimuss olatuwassalam.

“Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi (yakni pahalanya disegerakan Allah). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

“Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperolehi dari binatang tersebut, sekali-kali tidak sampai kepada Allah. Akan tatapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang-binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang dia anugerahkan kepada kamu dan berilah khabar gembira kepada orang yang melakukan kebaikan ” . ( Surah al-Haj : 37 )D

Ekspedisi Kasih & Korban

Lanjutan projek perintis Program Korban di Kemboja yang dianjurkan oleh PKPU pada tahun 2009 yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, satu MoU bagi mengumpul dana pendidikan Islam masyarakat Kemboja telah ditandatangani antara PKPU dengan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) sebuah NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat Islam di Kemboja pada Januari 2010. 

Ekspedisi musim pertama tahun 2009 yang lalu diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz selaku Penasihat PKPU. Objektifnya, untuk meninjau sendiri aktiviti ibadah korban yang dilaksanakan untuk membantu masyarakat Islam yang daif di Kemboja.

Dana Pendidikan Kemboja

PKPU mengambil tanggungjawab sosial muslim dan persaudaraan Islam dengan menganjurkan program korban di kemboja. Dengan berkorban dalam pakej ini, anda juga secara langsung menderma kepada tabung pendidikan umat Islam di Kemboja. PKPU juga mendapat iktibar dan pengajaran daripada Ekspedisi ini setelah menziarahi beberapa buah masjid, sekolah agama di kemboja serta melihat sendiri SISTEM PENDIDIKAN masyarakat Islam di sana.

Berikutan itu, PKPU telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Cambodian Muslim Intelectual Alliance (CMIA) pada 11 Jan 2010. Memorandum Persefahaman tersebut antara lain berhubung kerjasama dalam bidang dakwah dan kebajikan dan ia bertujuan untuk memantapkan lagi jati diri umat Islam Kemboja dalam bidang keagamaan khususnya menerusi aspek PENDIDIKAN.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebajikan dan keberkatan ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahuinya (Surah Al-Imran ayat 92)

Hubungi Kami

Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Lot 3, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya, MALAYSIA.

Pengurus Program Korban PKPU
+6019 644 9148 / +603 8888 0257
+603 8888 0261
roslanpkpujakim@yahoo.com

Ust Rosnahni Ismail

+60 19-284 0805

Us. Hj Zakaria

+60 10-841 7010

Us. Ruslan Ibrahim

+0133256300

En. Roslan

+6019 644 9148